BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Saya harap semua dapat memberi info dan idea agar kita sama2 dapat muhasabah diri dan mengetahui perkara baru..moga2 Allah sentiasa memberi kekuatan dan kesihatan yang baik agar kita dapat melakukan ibadah kepadanya..amin~

Monday 9 May 2011

Apa ada pada Nama?

Mengingati nama seseorang bukan sahaja penting untuk tujuan membina hubungan sosial atau silaturahim malahan terlalu menjadi mustahak dalam hubungan yang formal seperti perniagaan,politik dan sebagainya..


    Apabila kita mampu mengingati nama seseorang dalam komunikasi kita,tentu dapat timbulkan kemesraan dan merasakan bahawa diri mereka d hargai & d hormati bak kata pepatah,"harimau mati tinggalkan belang,manusia mati meninggalkan nama".Keutamaan beri nama bukan sahaja kpd manusia malahan merangkumi segala benda yg wujud dalam ddunia ini,masing-masing memiliki nama-nama khas. Sebelum Nabi Adam d'hantar ke dunia ,beliau telah d'ajar oleh malaikat tentang nama-nama benda yg terdapat d muka bumi ini..Para ulamak sepakat mengatakan bahawa kita boleh menggelar seseorang dengan gelaran yg baik & d'sukainya.. Sebagai cth: Sayidina Abu Bakar d'gelar dengan "Atiq" yg bermaksud yg d'merdekakan drpd api neraka. Sayidina Umar al-khattab d'gelar dgn "al-faruq" yg bermaksudkan yg membezakan hak & bathil. Sayidina Hamzah d'gelar "Asadullah" yg bermaksud singa Allah & ramai lg sahabat d beri gelaran yg mempunyai maksud yg baik-baik..

Panggilan Nama yg d tegah..

       Kalau kita perhatikan pd zaman kini, ada orang yg suka mempermainkan nama orang dengan memberikan pelbagai gelaran yg tak baik & yak d sukainya. Para ulama sepakat mengatakan bahawa hukum org mempermainkan & mencerca nama orang adalah HARAM. Gelaran-gelaran ini tak kira sama ada ia d sebabkan kekurangan orangg itu seperti jongang,juling,rabun,bisu,bongkok & sebagainya ataupun d sebabkan ia merupakan sifat orang yg berkaitan dengan dirinya seperti kedua-dua ibu bapanya..Dalam firman Allah yg bermaksud "Dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu sama lain dengan gelaran yg buruk".(Surah al-Hujuraat 49: 11)

Tuesday 26 April 2011

Tujuan manusia berada d atas muka bumi ini!!

Setiap manusia mempunyai matlamat hidup di dunia ini. Mereka yang tidak mempunyai matlamat hidup pasti akan terumbang-ambing dibawa arus dunia. Namun tidak semua manusia yang mempunyai matlamat hidup di dunia ini hidup dalam keadaan tenang. Siapakah dalam dunia fana ini yang hidup dengan jiwa yang tenang?
Dalam al-Quran, Allah telah menyatakan beberapa golongan manusia yang mempunyai tumpuan tertentu dalam kehidupan mereka. Ada segolongan manusia yang dinyatakan dalam al-Quran yang tumpuan hidup mereka hanyalah makan dan berseronok. Allah berfirman:
muhammad12part1.jpg
Dan (sebaliknya) orang-orang kafir menikmati kesenangan di dunia serta mereka makan minum sebagaimana binatang-binatang ternak makan minum, sedang nerakalah menjadi tempat tinggal mereka. (Muhammad: 12)
Al-Quran juga ada menjelaskan tentang sekumpulan manusia yang matlamat mereka hanyalah hiasan dan kesenangan hidup yang fana. Allah berfirman:
aaliimran14.jpg
Dihiaskan(dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak, harta benda yang banyak bertimbun-timbun dari emas dan perak, kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih, dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah) pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu syurga). (Aali-Imran: 14)
Al-Quran juga menjelaskan tentang sekumpulan manusia yang menjadikan hidup mereka hanya untuk mewujudkan huru-hara, membuat kerosakan dan mencetus suasana yang tidak selamat dan tidak aman. Mereka ini disebutkan oleh Allah dalam firmanNya:
albaqarah204205.jpg
Dan di antara manusia ada orang yang tutur katanya mengenai hal kehidupan dunia, menyebabkan engkau tertarik hati (mendengarnya), dan dia (bersumpah dengan mengatakan bahawa) Allah menjadi saksi atas apa yang ada dalam hatinya, padahal dia adalah orang yang amat keras permusuhannya (kepadamu). Kemudian apabila dia pergi (dengan mendapatkan hajatnya), berusahalah dia dibumi, untuk melakukan bencana padanya, dan membinasakan tanaman-tanaman dan keturunan (binatang ternak dan manusia), sedang Allah tidak suka kepada bencana kerosakan. (al-Baqarah: 204 – 205)
Cuba kita semak diri kita, adakah kita mempunyai agenda dan matlamat hidup seperti yang dinyatakan dalam ayat-ayat al-Quran di atas. Adakah kita termasuk dalam salah satu golongan di atas, atau kita memiliki semua cirri-ciri di atas?
Kita perlu sedar tentang hakikat penciptaan manusia ini bukan sesuatu yang sia-sia. Allah mempunyai agenda dalam mencipta manusia dan kita perlu menyedari akan objektif tersebut. Firman Allah taala dalam surah ad-Dzariayat ayat 56:
addzariyat56.jpg
Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepadaKu. (ad-Dzariyat: 56)
Tujuan utama Allah menciptakan manusia adalah supaya manusia menjadi abdi kepadaNya, dengan melaksanakan semua suruhanNya dan meninggalkan laranganNya. Oleh itu, seseorang yang dipandang oleh Allah dengan pangkat “Hamba” adalah mulia di sisiNya.
Selain itu, Allah juga menjadikan manusia sebagai khalifah di bumi. Firman Allah:
albaqarah30part1.jpg
Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat “Aku hendak menjadikan khalifah di bumi.” … (al-Baqarah: 30)
Dalam ayat ini, ternyata Allah telah memberikan manusia suatu kedudukan yang tinggi dengan memilih manusia sebagai khalifah, jawatan yang tidak diterima oleh makhluk lain. Namun jawatan penting ini merupakan amanah dan tanggungjawab yang perlu dipikul bukan sebagai pangkat atau kedudukan yang perlu dibangga-banggakan.
Oleh yang demikian, dalam menjalankan amanah ini, peranan manusia perlu selari dengan arahan Allah seperti firmanNya:
aaliimran104.jpg
Dan hendaklah di antara kamu ada segolongan orang yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh (dalam berbuat) yang ma’ruf, dan mencegah dari yang mungkar. Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung. (Aali- Imran: 104)
Allah menyatakan bahawa manusia beroleh keuntungan (di dunia dan akhirat) dengan melaksanakan tugasan tersebut. Pelaksanaan suruhan amar ma’ruf dan nahi mungkar hanya dapat dilaksanakan dengan efektif dengan adanya kuasa. Kekuasaan yang ada pada manusia ini perlu disalurkan dengan cara yang betul dan adil.
Bukan menggunakan kekuasaan untuk mendapat makanan yang mahal dan lazat serta berseronok seperti golongan pertama. Bukan juga menggunakan kuasa untuk memuaskan nafsu dengan segala bentuk kebendaan samada wanita, harta benda, pangkat dan sebagainya sebagaimana golongan kedua. Dan sepatutnya jauh sekali menggunakan kuasa untuk membuat kerosakan di bumi seperti golongan ketiga. Tanpa kekuasaan, kebenaran mungkin dilihat sesuatu yang dusta. Oleh itu, kekuasaan (yang adil) adalah perlu dalam memelihara kebenaran.
Marilah kita sama-sama menyemak di manakah kedudukan kita sekarang ini. Marilah kita bersama-sama memahami tujuan kehidupan ini. Menjadi hambaNya yang patuh dan taat. Menjadi khalifah yang amanah dan jujur. Semoga kita beroleh ketengan jiwa.
alfajr2728.jpg
Wahai jiwa yang tenang! Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang redha dan diredhaiNya. (al-Fajr: 27 – 28)

Thursday 21 April 2011

Kategori nafsu yang ada pada diri manusia!!!

Nafsu itu adalah keinginan manusia yang tersirat dalam akal pikirannya. Nafsu ada yang baik, yaitu nafsu yang tidak bertentangan dengan hati nurani serta perintah-perintah dan larangan-larangan yang Allah tetapkan. Namun ada pula nafsu yang buruk, yaitu nafsu yang hanya untuk memenuhi keinginan pikirannya saja, tanpa melibatkan hati nurani dan ketetapan Allah. Berikut ini adalah jenis-jenis nafsu menurut Islam.

Nafsu yang buruk :

Nasfu Amarah

* adalah nafsu yang berbangga apabila membuat sesuatu kemungkaran.
* mereka adalah dari golongan yang bermaksiat di mata dan di hatinya.
* mereka adalah golongan ahli neraka.

Nafsu Lawamah

* adalah nafsu yang menyadari apabila melakukan suatu kemungkaran.
* golongan ini beramal tetapi masih ada riya, hasut, dengki dan sebagainya.
* nafsu mereka tetap dilakukan walau mereka tahu itu salah.
* mereka adalah golongan ahli neraka.

Nafsu Marhamah

* adalah nafsu yang telah dapat membuang sifat tercela.
* walaupun begitu, mereka masih mengkritik diri sendiri.
* mereka adalah golongan ahli neraka.

Kemudian nafsu-nafsu yang baik adalah :

Nafsu Mutmainah

* adalah nafsu yang lemah lembut.
* mereka mendapat ketenangan dan menghilangkan gelisah di jiwa.
* mereka adalah orang yang sholeh.
* golongan ini adalah dijamin surga.

Nafsu Raudiah

* adalah nafsu yang berusaha untuk melatih diri untuk mencintai Allah sepenuhnya..
* mereka bergaul dengan orang banyak tetapi hatinya semata-mata hanya kepada Allah.
* mereka bisa juga disebut sebagai Wali Allah.

Nafsu Kamaliah

* adalah nafsu yang sempurna, nafsu yang hanya dimiliki oleh para Nabi dan Rasul.

Nafsu Mardiah

* adalah nafsu yang terbaik dan yang paling dicintai Allah. Nafsu ini adalah nafsu yang paling di ridhai Allah. adalah nafsu yang terbaik dan yang paling dicintai Allah. Nafsu ini adalah nafsu yang paling di ridhai Allah. Keridhaan tersebut terlihat pada anugrah yang diberikan-Nya berupa senantiasa berdzikir, ikhlas, mempunyai karomah, dan memperoleh kemuliaan, sementara kemuliaan yang diberikan Allah SWT itu bersifat universal, artinya jika Allah memuliakannya, siapa pun tidak akan bisa menghinakannya, demikian pula sebaliknya orang yang dihinakan oleh Allah SWT, siapa pun tidak bisa memuliakannya.

Monday 18 April 2011

Statistik JPN dedah kelahiran luar nikah cecah 234,647 orang !!



PENULARAN gejala sosial dalam kalangan masyarakat dilihat menjadi punca utama menyumbang ke arah peningkatan jumlah anak tidak sah taraf di negara ini. Ia seakan menjadi 'budaya' atau 'trend' dan jika tidak dibendung dikhuatiri akan lebih ramai bayi dilahirkan tanpa diketahui susur galur keturunannya.
Statistik Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) baru-baru ini mendedahkan jumlah anak tidak sah taraf kini mencecah 234,647 orang dalam tempoh empat tahun (2006-2010). Jumlah itu membabitkan 80,979 atau 34.5 peratus ibu beragama Islam dan mewakili sembilan peratus daripada keseluruhan 2,481,276 kelahiran dalam tempoh berkenaan.
Mengikut garis panduan syarak negeri Selangor, anak tidak sah taraf ialah bayi yang dilahirkan di luar nikah, sama ada hasil zina atau rogol. Kurang enam bulan dua ‘lahzah qamariah’ dari waktu akad nikah dan bukan hasil daripada persetubuhan syubhah dan ada bukti ikrar (pengakuan) pelakunya atau empat saksi yang cukup syarat mengikut hukum syarak.

Pengertian itu adalah tafsiran berdasarkan hukum Islam sebagai garis panduan untuk memudahkan masyarakat Islam faham akan kedudukan anak tidak saf taraf.

Persoalannya, kini jumlah mereka kian meningkat rentetan daripada hubungan bebas yang tidak terkawal sehingga terjebak dengan hubungan seks tanpa nikah hingga melahirkan bayi dan akhirnya bayi itu dibuang di merata tempat.

Apakah puncanya sehingga remaja dan golongan muda tergamak melakukan perbuatan yang lebih zalim daripada binatang dan apakah usaha masyarakat untuk membendung gejala ini daripada berleluasa.
Atas rasa tanggungjawab, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) baru-baru ini terpanggil menganjurkan Wacana Khas Gejala Sosial Di Malaysia – Isu Anak Tak Sah Taraf: Punca dan Penyelesaian, untuk mencari satu pendekatan yang boleh dikongsikan bersama masyarakat.

Pada wacana itu, ABIM mengundang tiga penceramah jemputan untuk berkongsi maklumat berhubung masalah yang kian meruncing ini.

Penolong Pengarah Kanan Bahagian Kanak-Kanak Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM), Zuraidah Salleh, berkata kajian JKM mendapati antara punca remaja terjebak dengan perlakuan tidak moral itu kerana mudah mendapat maklumat berkenaan seks dengan melayari internet.

“Sekarang ini pelbagai maklumat boleh kita peroleh daripada internet dan segala maklumat semuanya di hujung jari. Hinggakan wujud iklan ‘pop-up’ yang menawarkan pelbagai perkhidmatan mahupun keahlian untuk golongan yang mengamalkan hidup ‘songsang’,” katanya.

Zuraidah berkata, sebagai petugas sosial adalah menjadi tanggungjawab beliau untuk menasihati golongan remaja dan berhadapan dengan generasi ‘Y’ ini yang ada kalanya mencabar keimanan apatah lagi apabila nasihat yang diberi dibalas dengan kata cerca.

“Remaja terbabit amat bijak menjawab apatah lagi bila diberitahu mereka tidak seharusnya melakukan perkara ini dan mereka menjawab ‘That’s only project’ puan bukan zina, dalam al-Quran mengatakan hendaklah kamu menjauhkan zina “La taqrabu zina, bukan La taqrabu projek,” katanya.

Situasi ini menampakkan kepada kita bagaimana remaja atau kanak-kanak pada zaman ini mengetahui apa itu hubungan seks tetapi sengaja mencipta tafsiran sendiri untuk menghalalkan perbuatan yang sudah nyata haram di sisi agama.

Malah, mereka banyak mencipta istilah tersendiri seperti “kantoi ” (tertangkap); “cikaro” (gadis taruhan), “balak” (teman lelaki), “kertu” (tua), “projek” (hubungan seks) “line clear” (keadaan selamat) dan sebagainya dengan harapan masyarakat tidak memahaminya untuk memudahkan rancangan mereka dijayakan.

Akibatnya maka lahirlah bayi yang akhirnya dibuang dan dicampak di mana juga yang mereka rasakan sesuai, asalkan beban mereka terlepas.

Ketika inilah JKM terpaksa memainkan peranan dengan memperkenalkan Program Anak Pelihara untuk membantu pasangan yang sudah lama berumahtangga tetapi masih belum mempunyai anak dan program ini diperkenalkan dengan harapan dapat membantu membendung gejala pembuangan bayi.

Pengarah Pembangunan Keluarga, Sosial dan Komuniti, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Saimah Mukhtar berkata, JAKIM melakukan pelbagai usaha untuk membantu membendung gejala sosial dalam kalangan masyarakat antaranya aspek pencegahan dan pengukuhan (al-Wigayah); rawatan dan pemulihan (al-Ilaj); bimbingan dan nasihat (al-Tarbiyah Wa Al Nasihah) dan penguatkuasaan dan pendakwaan.

“JAKIM sudah melaksanakan antara 80 hingga 90 peratus daripada langkah berkenaan tetapi malangnya yang lebih digembar-gemburkan hal berkaitan penguatkuasaan dan pendakwaan, kesannya masyarakat berpandangan JAKIM tidak ada kerja lain, hanya menangkap dan menghukum saja,” katanya.

Saimah berkata, dalam usaha membantu remaja bermasalah terutama mereka yang mengandung iaitu dengan menubuhkan rumah perlindungan seperti Darul Sa’adah. Malah baru-baru ini, Majlis Agama Islam setiap negeri bersetuju untuk membina rumah perlindungan di kawasan masing-masing untuk membantu remaja mengandung.

Timbalan Pengarah Bahagian Kelahiran, Kematian dan Anak Angkat JPN Putrajaya, Nik Hassan Fauzi Nik Abdullah berkata, setiap bayi yang dilahirkan di negara ini sama ada di Semenanjung, Sabah mahupun Sarawak perlu didaftarkan.

Katanya, ini berdasarkan Akta Pendaftaran Kelahiran dan kematian 1957 (Akta 299); Registration of Births and Deaths Ordinance 1951 (Sabah, Cap 123) dan Registration of Births and Deaths Ordinance 1951 (Sarawak, Cap 10).

Beliau berkata, antara cabaran yang perlu dihadapi pihaknya, mereka perlu berhadapan masalah didatangi oleh anak tidak sah taraf yang mempersoalkan berkenaan status mereka di dalam sijil kelahiran.

“Ada yang datang pada kami mengatakan, mereka tidak pernah minta untuk dilahirkan sedemikian dan kenapa dianiaya dengan dokumen sebegini terpapar jelas bahawa mereka adalah anak tak sah taraf,” katanya.

Beliau berkata, sebagai sebuah jabatan yang mendaftarkan kelahiran adalah menjadi tanggungjawab mereka untuk memastikan setiap kelahiran didaftarkan dan ini memerlukan kerjasama daripada ibu bapa anak terbabit.

Ibu bapa perlu memberi pendidikan yang seimbang kepada setiap anak tanpa mengira jantina. Ini kerana selalunya masalah remaja perempuan mengandung hanya akan dipikul oleh keluarga perempuan atau remaja itu secara sendirian.

Lelaki pada kebiasaannya akan berjaya melepaskan diri tanpa rasa bersalah walau sedikit pun dan meneruskan perbuatan sama bersama remaja perempuan lain pula. Apa yang penting pendidikan agama kepada anak lelaki perlu ditekankan ini kerana mereka bakal menjadi pembimbing keluarga.
Sebelum terlanjur melakukan maksiat,,ingatlah bahawa segala pelakuan kita d saksikan oleh Allah & kelak perbuatan kita itu akan d tayangkan d khalayak rmai d padang mahsyar.. 

Kawan@sahabat@musuh??

Pagi yang mulia ni aq ingin menceritakan ragam kawan atau sahabat..bg yg dah menempuh zaman sekolah,kolej atau universiti mgkin pernah mngalami situasi seperti yang bakal saya ceritakan..Di sinilah jua aku belajar mengenal erti sebuah persahabatan yang murni. Mungkin barangkali, ramai yang senasib dengan aku..Berjumpa dengan rakan yang kita rasakan boleh dijadikan sahabat dan teman baik tetapi sebaliknya berlaku. Apa erti sebuah maksud kawan atau sahabat? Bunyi sedap..tetapi pahit buat mereka yang merana. Sahabat boleh aku ibaratkan sebagai seseorang yang akan bersama dengan kita sama ada semasa senang dan susah manakala kawan hanya berada bersama kita sewaktu senang dan ketika susah…kita ditinggalkan sendirian.
Kawan yang kita anggap baik ini juga selalunya akan menikam kita dari belakang bila mana kita sudah tidak berguna kepadanya bahkan lebih dahsyat lagi apabila kawan yang kita rasai mampu menolong kita di waktu susah mungkin akan menghenyak-henyak kita bilamana kita menempuhi kesusahan dan musibah.Siapa yang makan cili dia yang terasa pedas. 
Aq menceritakan pengalaman yg aq pernah hadapi. Motif aq adalah untuk korg sedar yg kita kawan bukan semata-mata untuk kepentingan kita..Aq x berniat untuk mengondem sapa-sapa tetapi supaya semua yang membaca post ini mengambil iktibar & perbaiki kelemahan diri..Kita semua mempunyai kawan tetapi nak cari sahabat blom tentu ada.Tetapi alhamdulillah,,pengalaman yang aq pelajari ini telah menyedarkan aq erti sebenar "kawan" & "sahabat".Ujian yang datang juga telah sedarkan aq siapa kawan & siapa lawan..tapi aq jujur cakap yang rmai kawan hari ini hanya pura2..baik d depan tapi blom tau apa yang dia buat blkg kita...Please la,,jgn jadi org yang pura2..itu ciri2 orang munafik..
           Ingatlah,sesungguhnya Allah akan menghukum mereka yang zalim & x berperikemanusiaan ketika kita d dunia lagi..apatah lagi d akhirat!!

Sunday 17 April 2011

Tazkirah mengenai pergaulan bebas yang menyebabkan hampir kpd zina..

PENYIMPANGAN dan masalah seksual, khusus di kalangan remaja semakin membimbangkan. Pergeseran kefahaman seperti dosa masing-masing tanggung, kubur masing-masing jaga, membuatkan masalah dosa dan zina sesuatu yang mula dipandang remeh.
Penyimpangan seks, iaitu zina sesuatu yang amat keji dan mesti dihindari setiap Muslim sebagaimana firman Allah yang bermaksud: “…dan janganlah kamu mendekati zina sesungguhnya zina itu perbuatan yang sangat keji dan satu jalan yang sangat buruk.”
Seks adalah satu anugerah Allah yang diberikan kepada manusia sebagai satu nikmat dan perhiasan kehidupan seperti juga binatang dan tumbuh-tumbuhan.
Memang patut kalau manusia ghairah seks atau berasa hendak melampiaskan keinginan seksual itu. Allah tidak melarang manusia melampiaskan hawa nafsunya selama mana cara yang dihalalkan, pada saat yang tidak terlarang dengan ikatan perkahwinan yang sah.
Nabi s.a.w seakan tidak mengaku umat terhadap mereka yang mempunyai kemampuan untuk berkahwin tetapi meninggalkannya.
Dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya berbunyi: “Sesiapa benci dan enggan menurut sunnahku (antaranya berkahwin), maka dia bukan dari kalanganku.”
Ikatan pernikahan adalah jalan yang halal dan diiktiraf syarak untuk melepaskan kemahuan seks. Ini bererti orang yang belum berkahwin jangan cuba-cuba melepaskan seksnya.
Sebagai satu agama yang amat hebat, Islam menampilkan cara pengawalan yang sangat berkesan dalam mengatasi penyakit seksual, iaitu sebagaimana dalam firman Allah yang kita baca di atas, perkataan ‘jangan kamu hampiri zina.’ Kalau hampiri sudah dilarang dan ditegah, apatah lagi melakukannya.
Menghampiri bermakna apa saja perbuatan yang menjadi penyebab, pendorong, keinginan dan sebagainya, adalah haram. Kalau ada pendorong mudah datang keinginan diulit bisikan syaitan sama merelakan pula, terjadilah perbuatan terkutuk yang saban hari kita lihat dan dengar iaitu remaja melahirkan anak luar nikah.
Bayi yang tidak berdosa ditemui mati di timbunan sampah, dengan perut terburai dimakan sekumpulan anjing liar. Sudahlah berzina, amat jijik pula kezaliman terhadap bayi yang tidak tahu apa-apa.
Oleh itu, pergaulan bebas, berdua-duaan, berpimpin tangan, rapat-merapati dan berhimpit di atas motosikal adalah faktor permulaan yang kuat mendorong ke arah penyimpangan seksual.
Alam remaja adalah alam yang sangat mencabar sehingga disebut nabi dalam satu senarai orang kenamaan akhirat adalah remaja yang terselamat dan menyelamatkan diri daripada zina.
Maksud hadis: “Lelaki yang apabila diajak perempuan cantik berzina lalu berkata, “sesungguhnya aku takut kepada Allah.”
Pendidikan seks menurut Barat amat berbeza dengan Islam, agama yang sangat suci ini. Masyarakat remaja Barat yang sangat bebas serta serba tidak terkawal itu hanya mengajar bagaimana mencegah supaya jangan berlaku kehamilan. Seks adalah hak peribadi yang tidak terlarang bagi mereka.
Bagi mereka hamil di kalangan remaja berlaku kerana remaja tidak tahu mengenai seks selamat, bukannya hendak berfikir mengenai salahnya berzina itu.
Pendidikan seks dalam Islam mendidik remaja bukan saja supaya tidak berzina tetapi juga supaya menjauhi sebab dan segala pendorong perzinaan.
Sebab itu mendidik mengenai syurga neraka supaya umat Islam gerun terhadap ancaman neraka dan akhirnya menolak nikmat sementara supaya terselamat api neraka yang membakar selamanya.
Langkah pencegahan menurut Islam ialah:


  • Jaga pandangan mata dengan tidak melihat aurat jantina                                                    berlainan termasuk gambar serta filem pornografi.

  • Tidak berdua-duaan lelaki dan wanita yang bukan mahram                                                               di tempat sunyi.

  • Tidak bersentuhan kulit antara lelaki wanita termasuk bersalaman.

  • Tidak bergaul bebas lelaki wanita tanpa batas.



  • Artikel yang baik dibaca dan difahami oleh Allahyarham Professor Muhammad

    Biografi Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W!!

    Nabi Muhammad saw berasal dari kabilah Quraisy, tepatnya keturunan Hasyim. Ayah beliau adalah Abdullah bin Abdul Muthalib, cucu Hasyim. Ibunda beliau adalah Aminah binti Wahb yang berasal dari keturunan Bani Zuhrah, salah satu kabilah Quraisy.

    Setelah menikah, Abdullah melakukan pepergian ke Syam. Ketika pulang dari pepergian itu, ia wafat di Madinah dan dikuburkan di kota itu juga.

    Setelah beberapa bulan dari wafatnya sang ayah berlalu, Nabi pamungkas para nabi lahir di bulan Rabi’ul Awal, tahun 571 Masehi di Makkah, dan dengan kelahirannya itu, dunia menjadi terang-benderang. Sesuai dengan kebiasaan para bangsawan Makkah, ibundanya menyerahkan Muhammad kecil kepada Halimah Sa’diyah dari kabilah Bani Sa’d untuk disusui. Beliau tinggal di rumah Halimah selama empat tahun. Setelah itu, sang ibu mengambilnya kembali.

    Dengan tujuan untuk berkunjung ke kerabat ayahnya di Madinah, sang ibunda membawanya pergi ke Madinah. Dalam perjalanan pulang ke Makkah, ibundanya wafat dan dikebumikan di Abwa`, sebuah daerah yang terletak antara Makkah dan Madinah. Setelah ibunda beliau wafat, secara bergantian, kakek dan paman beliau, Abdul Muthalib dan Abu Thalib memelihara beliau. Pada usia dua puluh lima tahun, beliau menikah dengan Khadijah yang waktu itu sudah berusia empat puluh tahun. Beliau menjalani hidup bersamanya selama dua puluh lima tahun hingga ia wafat pada usia enam puluh lima tahun.

    Pada usia empat puluh tahun, beliau diutus menjadi nabi oleh Allah. Ia mewahyukan kepada beliau al-Quran yang seluruh manusia dan jin tidak mampu untuk menandinginya. Ia menamakan beliau sebagai pamungkas para nabi dan memujinya karena kemuliaan akhlaknya.

    Beliau hidup di dunia ini selama enam puluh tiga tahun. Menurut pendapat masyhur, beliau wafat pada hari Senin bulan Shafar 11 Hijriah di Madinah.
    Bukti Kenabian Rasulullah saw

    Secara global, kenabian seorang nabi dapat diketahui melalui tiga jalan:

    1. Pengakuan sebagai nabi.
    2. Kelayakan menjadi nabi.
    3. Mukjizat.

    Pengakuan Sebagai Nabi

    Telah diketahui oleh setiap orang bahwa Rasulullah saw telah mengaku sebagai nabi di Makkah pada tahun 611 M., masa di mana syirik, penyembahan berhala dan api telah menguasai seluruh dunia. Hingga akhir usia, beliau selalu mengajak umat manusia untuk memeluk agama Islam, dan sangat banyak sekali di antara mereka yang mengikuti ajakan beliau itu.
    Kelayakan Menjadi Nabi

    Maksud asumsi di atas adalah seorang yang mengaku menjadi nabi harus memiliki akhlak dan seluruh etika yang terpuji, dari sisi kesempurnaan jiwa harus orang yang paling utama, tinggi dan sempurna, dan terbebaskan dari segala karakterisitik yang tidak terpuji. Semua itu telah dimiliki oleh Rasulullah saw. Musuh dan teman memuji beliau karena akhlaknya, memberitakan sifat-sifat sempurna dan kelakuan terpujinya dan membebaskannya dari setiap karakterisitik yang buruk.

    Kesimpulannya, akhlak beliau yang mulia, tata krama beliau yang terpuji, perubahan dan revolusi yang beliau cetuskan di seanterao dunia, khususnya di Hijaz dan jazirah Arab, dan sabda-sabda beliau yang mulia berkenaan dengan tauhid, sifat-sifat Allah, hukum halal dan haram, serta nasihat-nasihat beliau telah membuktikan kelayakan beliau untuk menduduki kursi kenabian, dan setiap orang yang insaf tidak akan meragukan semua itu.
    Mukjizat

    Mukjizat dapat disimpulkan dalam lima hal:

    1. Mukjizat akhlak.
    2. Mukjizat ilmiah.
    3. Mukjizat amaliah.
    4. Mukjizat maknawiyah.
    5. Mukjizat keturunan.

    Mukjizat Akhlak

    Sejak masa muda, Nabi Muhammad saw telah dikenal dengan kejujuran, amanat, kesabaran, ketegaran, dan kedermawanan. Dalam kesabaran dan kerendahan diri beliau tidak memiliki sekutu dan dalam kemanisan etika beliau tak tertandingi. “Sesungguhnya engkau berada di puncak akhlak yang agung.” Dalam memaafkan, beliau tak ada taranya. Ketika mendapatkan gangguan dan cemoohan masyarakatnya, beliau hanya berkataاَللّهُمَّ اغْفِرْ لِقَوْمِيْ فَإِنَّهُمْ لاَ يَعْلَمُوْنَ “Ya Allah, ampunilah kaumku, karena mereka tidak mengetahui.”Beliau selalu mengharapkan kebaikan seluruh umat manusia, penyayang dan belas-kasih terhadap mereka. “Ia belas-kasih dan pengasih terhadap Mukminin.”

    Beliau tidak pernah menyembunyikan keceriaan wajah terhadap para sahabat dan selalu mencari berita tentang kondisi mereka. Beliau selalu memberikan tempat khusus kepada orang-orang baik di sisi beliau. Orang yang paling utama di sisi beliau adalah orang yang dikenal dengan kebajikanya terhadap Muslimin dan orang yang termulia adalah orang yang lebih bertindak toleran dan tolong-menolong terhadap umat Islam. Beliau tida pernah duduk dan bangun (dari duduk) kecuali dengan menyebut nama Allah dan mayoritasnya, beliau duduk menghadap ke arah Kiblat. Beliau tidak pernah menentukan tempat duduk khusus bagi dirinya. Beliau memperlakukan masyarakat sedemikian rupa sehingga mereka merasa dirinya adalah orang termulia di sisi beliau. Beliau tidak banyak berbiacara dan tidak pernah memotong pembicaraan seseorang kecuali ia berbicara kebatilan. Beliau tidak pernah mencela dan mencerca seseorang. Beliau tidak pernah mencari-cari kesalahan orang lain. Budi pelerti beliau yang menyeluruh telah meliputi seluruh umat manusia. Beliau selalu sabar menghadapi perangai buruk bangsa Arab dan orang-orang yang asing bagi beliau. Beliau selalu duduk di atas tanah dan duduk bersama orang-orang miskin serta makan bersama mereka. Dalam makan dan berpakaian, beliau tidak pernah melebihi rakyat biasa. Setiap berjumpa dengan seseorang, beliau selalu memulai mengucapkan salam dan berjabat tangan dengannya. Beliau tidak pernah mengizinkan siapa pun berdiri (untuk menghormati)nya. Beliau selalu menghormati orang-orang berilmu dan berakhlak mulia. Dibandingkan dengan yang lain, beliau lebih bijaksana, sabar, adil, berani dan pengasih. Beliau selalu menghormati orang-orang tua, menyayangi anak-anak kecil dan membantu orang-orang yang terlantar. Sebisa mungkin, beliau tidak pernah makan sendirian. Ketika beliau meninggal dunia, beliau tidak meninggalkan sekeping Dinar dan Dirham pun.

    Keberanian beliau sangat terkenal sehingga Imam Ali as pernah berkata: “Ketika perang mulai memanas, kami berlindung kepada beliau.”

    Rasa memaafkan beliau sangat besar. Ketika berhasil membebaskan Makkah, beliau memegang pintu Ka’bah seraya bersabda (kepada musyrikin Makkah): “Apa yang kalian katakan dan sangka sekarang?” Mereka menjawab: “Kami mengatakan dan menyangka kebaikan (terhadapmu). Engkau adalah seorang pemurah dan putra seorang pemurah. Engkau telah berhasil berkuasa terhadap kami. Engkau pasti mampu melakukan apa yang kau inginkan.” Mendengar pengakuan mereka ini, hati beliau tersentuh dan menangis. Ketika penduduk Makkah melihat kejadian itu, mereka pun turut menangis. Setelah itu beliau bersabda: “Aku mengatakan seperti apa yang pernah dikatakan oleh saudaraku Yusuf bahwa ‘Tiada cercaan bagi kalian pada hari ini. Allah akan mengampuni kalian, dan Ia adalah Lebih Pengasih dari para pengasih’.” (QS. Yusuf: 92) Beliau memaafkan seluruh kriminalitas dan kejahatan yang pernah mereka lakukan seraya mengucapkan sabda beliau yang spektakuler: “Pergilah! Kalian bebas.”
    Mukjizat Ilmiah

    Dengan merujuk kepada buku-buku yang memuat sabda, pidato dan nasihat-nasihat beliau secara panjang lebar, mukjizat ilmiah beliau ini dapat dipahami dengan jelas.
    Mukjizat Amaliah

    Dapat diakui bahwa seluruh perilaku beliau dari sejak lahir hingga wafat adalah sebuah mukjizat. Dengan sedikit merenungkan kondisi dan karakteristik masyarakat Hijaz, khususnya masyarakat kala itu, kemukjizatan seluruh perilaku beliau akan jelas bagi kita. Beliau bak sebuah bunga yang tumbuh di ladang duri. Beliau tidak hanya tidak terpengaruh oleh karakteristik duri-duri itu, bahkan beliau berhasil merubahnya. Beliau tidak hanya terpengaruh oleh kondisi kehidupan masyarakat kala itu, bahkan beliau berhasil mempengaruhi gaya hidup mereka.

    Dalam kurun waktu dua puluh tiga tahun, beliau telah berhasil melakukan empat pekerjaan besar dan fundamental meskipun banyak aral melintang dan problema yang melilit. Masing-masing pekerjaan itu dalam kondisi normal semestinya memerlukan usaha bertahun-tahun untuk dapat tegak berdiri sepanjang masa. Keempat pekerjaan besar itu adalah sebagai berikut:

    Pertama, berbeda dengan agama-agama yang sedang berlaku pada masa beliau, beliau mendirikan sebuah agama baru yang bersifat Ilahi. Beliau telah berhasil menciptakan banyak orang beriman kepada agama tersebut sehingga sampai sekarang pun pengaruh spiritual beliau masih kuat tertanam di dalam lubuk hati ratusan juta pengikutnya. Menjadikan seseorang taat adalah sebuah pekerjaan yang mudah. Akan tetapi, menundukkan hati masyarakat, itu pun sebuah masyarakat fanatis dan bodoh tanpa syarat dan menjadikan mereka taat dari lubuk hati bukanlah sebuah pekerjaan yang mudah.

    Kedua, dari kabilah-kabilah berpecah-belah yang selalu saling bermusuhan dan memiliki hobi berperang, beliau berhasil sebuah umat yang satu dan menjalin persaudaraan, persamaan, kebebasan dan kesatun kalimat dalam arti yang sebenarnya di antara mereka. Setelah beberapa tahun berlalu, beliau berhasil membentuk sebuah umat yang bernama umat Muhammad saw. Hingga sekarang umat ini masih eksis dan terus bertambah.

    Ketiga, di tengah-tengah kabilah yang berpecah-belah, masing-masing memiliki seorang pemimpin, biasa melakukan pekerjaan secara tersendiri dan tidak pernah memiliki sebuah pemerintahan yang terpusat itu, beliau berhasil membentuk sebuah pemerintahan yang berlandaskan kepada kebebasan dan kemerdekaan yang sempurna. Dari sisi kekuatan dan kemampuan, pemerintahan ini pernah menjadi satu-satunya pemerintahan mutlak di dunia setelah satu abad berlalu.

    Beliau pernah menulis enam surat dalam satu hari kepada para raja penguasa masa itu dan mengajak mereka untuk memeluk Islam, raja-raja yang menganggap diri mereka berada di puncak kekuatan dan meremehkan kaum Arab.

    Ketika surat beliau sampai ke tangan raja Iran dan melihat nama beliau disebutkan di atas namanya, ia marah seraya memerintahkan para suruhannya untuk pergi ke Madinah dan membawa Muhammad ke hadapannya.

    Ya! Para raja itu berpikir bahwa bangsa Arab adalah sebuah bangsa yang tidak akan menunjukkan reaksi apa pun di hadapan pasukan kecil seperti bala tentara Habasyah. Bahkan, mereka akan lari tunggang-langgang meninggalkan Makkah dan kehidupan mereka, serta berlindung ke gunung-gunung. Mereka tidak dapat memahami bahwa bangsa Arab telah memiliki seorang pemimpin Ilahi dan mereka bukanlah bangsa Arab yang dulu lagi.

    Keempat, dalam kurun waktu dua puluh tiga tahun, beliau telah menetapkan dan menunjukkan sederetan undang-undang yang mencakup seluruh kebutuhan umat manusia. Undang-undang ini akan tetap kekal hingga hari Kiamat, dan mempraktikkannya dapat mendatangkan kebahagiaan umat manusia. Undang-undang ini tidak akan pernah layu. “Kehalalan Muhammad adalah halal selamanya hingga hari Kiamat dan keharamannya adalah haram selamanya hingga hari Kiamat.”[1] Undang-undang ini akan selamanya hidup kekal. Di hauzah-hauzah ilmiah selalu dibahas dan didiskusikan oleh para fuqaha besar dalam sebuah obyek pembahasan fiqih, Furu’uddin dan kewajiban amaliah.
    Mukjizat Ma’nawiyah

    Mukjizat abadi beliau adalah al-Quran yang telah turun kepada beliau dalam kurun waktu dua puluh tiga tahun, dan dari sejak saat itu hingga sekarang selalu mendapatkan perhatian dan penelaahan dari berbagai segi oleh seluruh masyarakat dunia. Kitab ini berhasil membangkitkan rasa heran para ilmuan dan sepanjang masa masih memiliki kekokohan dan kedudukannya yang mulia. Kitab ini terselamatkan dari segala bentuk tahrif, pengurangan dan penambahan. Ratusan tafsir dan buku tentang hakikat arti dan kosa katanya telah ditulis. Allah telah menjamin keterjagaannya dalam firman-Nya:
    إِنَّا نَحْنُ نَزَّلْنَا الذِّكْرَ وَ إِنَّا لَهُ لَحَافِظُوْنَ
    “Kami-lah yang telah menurunkan al-Quran ini dan Kami pulalah yang akan menjaganya.”[2]
    Mukjizat Keturunan

    Salah satu mukjizat beliau yang lain adalah keturunan suci beliau yang terjaga dari dosa. Hanya kedudukan tinggi kenabianlah yang mampu menghaturkan putri-putri dan para imam ma’shum seperti ini kepada masyarakat. Seseorang yang sadar dengan memperhatikan ilmu, kehidupan, ucapan dan perilaku Ahlubait as akan mengakui bahwa setiap dari mereka, sebagaimana al-Quran, adalah dalil tersendiri atas kenabian Rasulullah saw. Seandainya tidak ada dalil lain untuk membuktikan kenabian Rasulullah saw kecuali keberadaan keturunan semacam itu, hal itu sudah mencukupi dan hujjah sudah sempurna. Pembahasan panjang-lebar tentang masalah ini tidak relevan untuk kesempatan pendek ini.

    KARAKTER DAN KEUTAMAAN RASULLULLAH SAW

    Salah satu karekter rasulullah saw yang paling menonjol adalah kemenangan tidak menjaga kan dia bangga hal ini bisa kita lihat diperang badar dan pembebasan kita makkah(fathu makkah) dan kekalahan tidak membuat dia putus asa dapat kita lihat pristiwa perang uhud bahkan dengan cekatan is mempersiapkan pasukan baru untuk menghadapi hamru"ul asad dan pengingkari perjanjian yang dilakukan kaum yahudi bani quraizah ,dan kewaspadaan beliau,selalu mengedek kekuatan musuh dengan teliti dan mempersiapkan segalanya.

    Dia memperlakukan kaum dan pengikutnya dengan tujuan mempererat silaturrahmi dan selalu menamamkan rasa percaya diri dalam mereka is selalu mengasihi anak anak kecil dan mengayomi mereka.berbuat baik dengan fakir miskin dan terhadap hewan dia selalu menanamkan rasa kasih sayang dan melarang untuk menyakiti binatang
    Salah satu contoh rasa prikemanusian rasul saw adalah ketika mengutus pasukan untuk berperang dengan musuh dia selalu berpesan tidak boleh menyerang kaum sipil,dia lebih memilih damai terhadap musuh dari pada berperang ketika berperang dia berpesan tidak boleh membunuh lanjut usia anak kecil perempuan dan mengniaya musuh yang sudah tidak berdaya
    Ketika kaum quraisi minta suaka politik kepadanya ia tidak memberlakukan baikot ekonomi bahkan ia menyepakati import gandum dari yaman
    Ia juga menyerukan realisasikan sebuah perdamaian dunia dan melarang peperanga kecuali hal yang darurat


    D. USAHA RASUL SAW DALAM MEMBENTUK MASYARAKAT &BERPRIKEMANUSIAN

    Kedatangan rasul adalah sebuah rahmat bagi manusia semuanya is tidak pernah membedakan seseorang pun baik itu kulit putih atau kulit hitam dan dari suku bangsa mana,karma semua manusia itu makan dari rizki allah yang diberikan allah
    Rasul saw mengajak manusia untuk
    1:meningkatkan harkat martabat manusia ia bersabda semua manusia berasil dari adam dan ia berasal dari tanah
    2: mengajak damai sebelum perang
    3: memaafkan sebelom membalas
    4: mempermudah seseorang sebelom membalas perbuatan
    dari uraian diatas dapat kita simpulkan bahwa peperangan yang dilaksanakan bertujuan untuk merealisasikan tujuan tujuan insani yang agung dan menuju kepada tatanan masyarakat yang berprikemanusian

    ia telah membuktikan bahwa dirinya adalah sebuah rahmat bagi manusia dan alam semesta peristiwa itu bisa dilihat dari pembebasan kota makkah dangan segala kemenangan yang telah digapai saat itu ia tetap berbuat baik dengan musuh dan enggan untuk membalas dendam padahal ia dapat melaksanakan ia pernah memaafkan mereka dengan sabda"pergilah kalian karma kalian sekarang sudah bebas pada waktu perang dzatur riqa dia berasil menangkap pemimpin gauts bin al harits yang berusaha beberapa kali membunuh beliau akan tetapi tetap dimaafkan

    rasul memperlakukan tawanan perang dengan baik ,ia telah membebaskan seorang tawanan perang dengan tangan dia sendiri disaat ia mendengar keluhan rasa sakit tangannya diikat.

    RASUL SEBAGAI PANGLIMA PERANG
    Kita bisa lihat keberasilan beliau dalam memenangkan peperangan dan menciptakan perdamaian dan mengujudkan manusia yang berakhlak dan memimpin pasukan dengan gagah berani

    TATA KRAMA BERGAUL
    Beliau tidak pernah sombong dalam pergaulan selalu tersenyum berbuat baik sesame manusia selalu menyenguk orang sakit tidak pernah memotong pembicaraan lawan tidak pernah mengangap dirinya mulia dari teman yang diajak bicara
    Masih banyak lagi sipat2 rasul yang kita bisa dapat teladani.. mudah2an kita bisa dapat meniru akhlak rasulullah amin....

    mudah mudahan kita berusaha untuk bisa menjadikan nabi muhammad sebagai huswatun hasanah dalam kehidupan kita amin

    Friday 15 April 2011

    Insafilah atas segala perbuatan kita..


    Perjalanan ini masih jauh lagi
    Ditempoh, mencari erti nilai yang tiada penyudah
    Usah ego dibuai lena
    Keseronokan dunia sementara tanpa memikirkan
    Siapa diri dan di mana kesudahannnya
    Siapa diri dan di mana kesudahannnya

    Di manakah fikiran yang dibanggakan?
    Hanya memikirkan kebahagiaan dunia yang sementara
    Usah riak!
    Suatu hari kelak
    Dihitung amalan kebaikan
    Kejahatan akan diadili

    Perjalanan ini sementara
    Atas hak pencipta yang disanjung
    Wajib disembah Pencipta alam ALLAH SWT
    Menyusun kehidupan sementara
    Pasti musnah suatu hari kelak
    Atas kehendaknya

    Akan diadlili tiada yang dikasihi
    Mengikut amalan melainkan dikerjakan, siksaan ditempuh
    Tiada pertolongan melainkan amal ibadah
    SiksaanNya benar

    Perjalanan tiada erti lagi
    Lena tanpa bekalan
    Azab ditgempuh tidak mengenal pangkat
    Darjat, saudara dan sahabat
    Rebah menempuh siksaan melainkan amalan
    Menjadi pendinding
    Insaflah....

    Renunglah dengan teliti erti hidup insani
    anugerah Illahi untuk kita nikmati
    kita harus bersyukur
    kurnia-Nya yang luhur

    kita dicipta bersalut rasa mulia
    untuk sama menuai cinta
    kehidupan kita ini ada arah titik henti
    gerak langkah harus pasti
    agar tak menyesal nanti

    semailah bibit cinta di tengah keluarga
    cuba hindari noda naluri yang keji
    rasa benci sama sendiri

    cinta sangat indah
    tiada batas
    bukan serakah
    bukan gelombang ganas

    cinta itu damai
    bernafas permai
    pohon impian
    berbungakan harapan

    suci semulus bayi
    harum bagai kasturi
    usah cemari cinta sejati yang murni

    usah tanam iri dan dendam
    bagai hamparan samudera
    sejauh pandangan mata
    begitu bandingan makna

    bukan cuma kata-kata
    sebarkan nilai cinta
    untuk saudara-mara
    tadah tanganmu
    memohon restu yang syahdu
    limpah kasih
    tulus dan bersih

    Ganjaran mendirikan solat dan balasan bagi mereka yang meninggalkannya!!

    Diriwayatkan pada sebuah hadis, siapa yang menjaga sembahyang 5 waktu, maka Allah akan memuliakannya dengan 5 perkara iaitu;

    * Masuk syurga tanpa dihisab.
    * Dihindarkan dari seksaan kubur.
    * Dihindarkan dari kesempitan hidup.
    * Berjalan di atas sirat bagaikan kilat.
    * Diberi kitab amalnya dengan tangan kanan.

    BALASAN UNTUK MEREKA YANG MENINGGALKAN SEMBAHYANG

    Barang siapa yang meremehkan atau meninggalkan sembahyangnya dengan sengaja, maka Allah akan menghukumnya dengan 15 seksaan iaitu,

    Ketika di dunia;

    1. Dicabut berkat pada umurnya.
    2. Dihapus tanda orang soleh pada wajahnya.
    3. Amalan yang dikerjakannya tiada pahala.
    4. Doanya tidak diangkat ke langit.
    5. Tidak mendapat pahala orang solehin.

    Ketika mati;

    6. Mati dalm kehinaan.
    7. Mati dalam kelaparan.
    8. Mati dalam kehausan, walau diberi air selautan pun tidak
    mencukupi.

    Ketika dalam kubur;

    9. Disempitkan kuburnya hingga berselisih tulang rusuknya.
    10. Dinyalakan api di dalam kubur lalu bermainlah ia di dalamnya siang
    dan malam.
    11. Didatangi ular `Syuja` yang buta mata dan kukunya dari besi dimana
    setiap kuku panjangnya mengambil masa perjalanan sehari.

    Ketika hari kiamat;

    12. Diberatkan hisabnya.
    13. Mendapat kemurkaan Allah.
    14. Dimasukkan terus ke dalam neraka.
    15. Putus dari rahmat Allah.

    DOSA MENINGGALKAN SEMBAHYANG

    Meninggalkan sembahyang adalah satu-satunya pemisahan antara keimanan dengan kekufuran. Dosa setimpal untuk mereka yang meninggalkan sembahyang bagi setiap fardu adalah seperti berikut;

    Subuh : satu fardu yang ditinggalkan Allah akan mencampakkannya ke dalam neraka selama 60 tahun.

    Zuhur : satu fardu yang ditinggalkan, dosanya sama seperti membunuh 1000 orang Islam.

    Asar : satu fardu yang ditinggalkan, dosanya samalah seperti meruntuhkan kaabah.

    Maghrib : satu fardu yang ditinggalkan, dosanya sama seperti seorang itu berzina dengan ibu (bagi lelaki) atau bapa (bagi perempuan).

    Isyak : satu fardu yang ditinggalkan, Allah tidak akan meredhai hidupnya di atas muka bumi ini.








    Berazamlah mulai skrg agar sama2 kita mengerjakan solat fardhu sehari semalam..Wajib bagi semua umat Islam menunaikan solat fardhu..Jika pekara wajib kita tinggalkan,maka sudah tentu balasan dosa yg amat dahsyat akan d balas kpd kita..

    Wednesday 13 April 2011

    Telur ayam tiruan!!

    Satu pendedahan mengenai telur ayam tiruan telah dibongkarkan di surat-surat khabar.


    Kenapa Telur Ayam Tiruan Direka?
    Biasalah,telur ini datangnya dari China,china memang terkenal dengan barangan tiruan.Bukan sahaja barangan elektronik yang boleh ditiru,makanan pun dah boleh ditiru sekarang ini.Memang hebat teknologi yang mereka miliki.
    Kenapa telur ini direka?sebabnya harga pasal telur ayam tulen sekarang ini sangat mahal berbanding telur ayam tiruan.Jadi jimatlah kos kat situ kan..


    Bagaimana Telur Tiruan Ini Dihasilkan?

    Jika diperhatikan,bahan-bahan yang diperlukan untuk menghasilkan telur tiruan ini sangat simple dan mudah.Antara bahan yang diperlukan adalah:-
    Bahan-bahannya; calcium carbonate, starch, resin, gelatin, alum dan lain-lain lagi bahan kimia yang diperlukan.
    Sekarang kita lihat langkah demi langkah cara untuk menghasilkan telur tiruan ini:-
    1)Bahan telur kuning diisi kedalam 2/3 bahan acuan bersama-sama calsium chlorida, dan pewarna.
    2)Cecair “telur kuning” dimasukkan pada cetakan bulat
    3)Lapisan luar telur kuning terbentuk
    4)Lapisan luar disaluti dengan lilin dan calcium carbonate. Proses ini diulang beberapa kali sehingga lapisan luar terbentuk dan menebal.
    5)Telur dibiarkan kering dan kulit telur akan terbentuk..
    Perbezaan Telur Tiruan Dengan Telur Tulen ?
    Telur ayam tiruan jika digoreng akan menghasilkan gelembung-gelembung udara yang lebih banyak daripada telur ayam tulen.
    Selain daripada itu,rasanya adalah lebih sedap berbanding telur tulen,manakala kulitnya lebih mudah pecah berbanding dengan yang tulen.Ciri-ciri lain adalah:-
    1. Lebih besar dari yang tulen
    2. Tidak berbau
    3. Berkilat
    4. Kasar
    Agak-agaknya benda apa lagi lepas ini mereka nak klon??
    So, berhati-hati ketika memilih telur…
    sebelum beli, teliti baik2 telur tersebut..byk kesan negatif pengambilan telur ayam tiruan..
    jika terdapat sebarang info tentang telur ayam tiruan, segeralah beritahu kepada pihak berkuasa..
    kita mampu mengubahnya!!

    Tuesday 12 April 2011

    Accept whatever Allah give us..DOn't give up.


    sometimes what we want we can't achieve. there r some reason Allah didn't give us..
    Maybe better than that we can manage to get..
    but don't suffer n make urself useless..everybody in the world have their own feature..
    in my experience,,when i fall down. i never give up.. i will try and try my best to faced all problems.
    so,don't simple waste ur time and do the wrong things,.
    when we failed whatever we do, wake up..don't just said "aahhhh"..
    this word always expressed by people failed to get what they want.
    Allah is fair.don't blame Allah..like i said, accept whatever Allah give us..
    think that Allah provide better than before to us..
    but don't forgot to pray and recite do'a..also recite alhamdulillah and syukran to Allah.
    InsyAllah,, Allah will provide to us what we want..
    "NEVER GIVE UP OK".
    amin~



    15,000 Umat Islam Murtad?


    “Maksud Hadith rasulullah S.A.W. : “Mereka yang tidak memikirkan masalah ummatku BUKAN dari kalangan ummatku”.


    Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
    Hari Isnin, saya ke Kuala Lumpur dan saya menemui enam peguam dan beberapa pemimpin NGO untuk mendengar taklimat mengenai keadaan agama Islam dan orang Islam di negara ini.
    Taklimat berlangsung selama empat jam setengah. Pada pagi Selasa, saya
    telah dipanggil oleh Sultan Perak untuk menyembah taklimat. Kemudian
    menyembahkan taklimat yang hampir sama pula kepada Majlis Raja-Raja. Saya memberi taklimat mengenai bahaya yang sedang dihadapi oleh umat Islam pada ketika ini.


    Bencana umat Islam
    Waktu ini ada kes Lina Joy (Azlina binti Jelani) yang sedang menunggu
    keputusan. Lina Joy memeluk Kristian dan berkahwin dengan seorang India beragama Kristian. Dia pohon kepada Mahkamah supaya namanya ditukar kepada Lina Joy dan agama dipadamkan dari Mykad beliau tetapi Jabatan Pendaftaran Negara tidak dapat memadamkannya kerana tiada perintah dari Mahkamah Syariah. Lantaran itu, beliau telah mencabar ke Mahkamah Persekutuan berasaskan Perkara 11 (1) Perlembagaan Persekutuan yang menyebutkan bahawa tiap-tiap individu rakyat Malaysia berhak memilih agamanya sendiri (Every person has the right to profess and practice his religion).
    Kes ini dibicara di hadapan tiga hakim di Mahkamah Agung iaitu Ketua Hakim Negara, seorang hakim bukan Melayu dan seorang hakim beragama Kristian. Jika dalam kes ini Lina Joy menang; maka agama Islam akan hancur. Ia membawa implikasi:
    i) Kuasa Raja mengenai agama Islam akan hilang.
    ii) Kuasa Mahkamah Syariah tidak boleh dipakai.
    iii) Orang Islam tidak boleh memaksa anaknya sembahyang,
    tidak berhak lagi kutip zakat dan tiap-tiap orang boleh mentafsir Islam ikut kehendaknya. Itulah akibatnya.
    Malangnya orang Islam nampaknya tidak prihatin sehingga dalam perbicaraan itu. Tidak ramai yang hadir untuk menyatakan sikap dan sokongan. Majlis Agama pun dilihat tidak menghantar orang Islam. Pemerhati dari Islam tiada. Ini berbeza dari kalangan bukan Islam. Hatta, peguam/pemerhati dari Kedutaan Kanada , Australia dan Amerika Syarikat pun sanggup datang. Bahkan, peguam-peguam pemerhati ini dibenarkan berhujah. Ini amat berbahaya. Ia belum pernah berlaku. Jadi Majlis Raja-Raja sedikit tersentak setelah saya melaporkan perkara ini.
    Peguam Negara telah dipanggil oleh Majlis Raja-Raja dan Peguam Negara kata tidak boleh buat apa-apa. Tunggu keputusan saja. Inilah keadaan yang telah menjadi bagaikan telur di hujung tanduk.


    Gerakan Kristian dan Hinduisme
    Orang Melayu yang berjinak dengan Kristian biasa dilatih secara mendalam di Singapura. Identiti mereka ditukar. Sekarang, terdapat dua gereja orang Melayu di Kuala Lumpur. Di Brickfield, ada usaha memberi makan tengah hari percuma pada hari Jumaat kepada remaja Melayu yang lepak supaya mereka leka dan tidak pergi ke masjid. Terdapat ratusan pemuda-pemuda Melayu pergi ke gereja di Brickfield ini.
    Saya telah memberitahu juga hampir 250,000 orang Islam yang murtad tapi saya dicabar oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Orang Islam yang memeluk agama Hindu sahaja sudah hampir 100,000 orang. (Sumber : jangkaan Persatuan India Muslim). Bahkan mengikut laporan pihak polis, belia-belia Islam yang menganggotai black metal, yang memaki Tuhan sudah ada 13,000 hingga 14,000. Orang yang ikut Ayah Pin yang mempercayai “Ayah Pin itu Tuhan” adalah 14,000 orang. Ini yang menjadikan saya lantang.


    Majlis Raja-Raja Bangkitkan:
    1) Apa peranan masjid.
    2) Apa peranan imam-imam dan pengurusan masjid.
    3) Kenapa tidak bendung sedangkan ada undang-undang.
    Peguam Negara kata, berbezanya paderi dengan imam-imam kita ialah
    paderi-paderi menunggu kedatangan hadirin seperti menghormati tetamu di pintu gereja. Mereka memberi khutbah dengan terancang dan profesional sehingga orang boleh yakin dengan cakap-cakap mereka. Selesai majlis, mereka tunggu di pintu gereja dan mengucapkan selamat. Mereka suka bertanya khabar dan suka ambil tahu dan sering tawarkan pertolongan. Bezanya, khutbah kita tidak menarik. Disampai secara tidak profesional.
    Di Uzbakistan dan China , walaupun 70 tahun ditekan, mereka masih kuat. Dalam keadaan yang cukup kuat ditekan, mereka cuma utamakan penyebaran salam dan kuatkan silaturrahim di samping membaca ayat-ayat suci Al-Quran di dinding-dinding masjid. Imam masih boleh berbahasa Arab. Itu ketika Komunis berkuasa. Ini rahsia kekuatan mereka dapat bertahan.

    Serangan aqidah di Malaysia
    Sekarang di Malaysia kita diserang dalam bentuk yang dahsyat. Serangan pemikiran.
    1) Golongan intelektual. Orang Kristian yang buat serangan.
    Walaupun mereka berjaya serang tetapi mereka tidak dapat tawan
    hati orang Islam. Untuk itu mereka cuba mempelajari Islam dengan untuk menyerang Islam. Mereka juga wujudkan fakulti-fakulti Islam di universiti mereka.
    2) Mereka juga melahirkan kekacauan kepercayaan lalu membawa
    pemikiran Islam liberal. Mereka letak semua agama itu sama. Ia datang
    dari sumber yang sama iaitu Tuhan yang sama. Cuma masa wahyu turun, Islam diterjemah dalam mesej ketuhanan itu mengikut bahasa-bahasa berbeza sesuai dengan bangsa dan keturunan Nabi. Tegas mereka, kitab-kitab suci itu adalah terjemahan. Oleh itu ia boleh dipinda dan ditafsirkan semula. Dalam kurun ke 16, ia telah disaran oleh Yahudi dan diterima oleh para paderi Kristian.
    Ini yang menjadikan Kristian berpecah pada berpuluh-puluh mazhab. Dulu, cuma ada Kristian dari mazhab Roman Katholik. Masing-masing menuduh masing-masing mazhab kafir. Inilah pula yang dibawa ke dalam dunia Islam. Islam liberal begini mulai masuk pula ke Indonesia . Mereka menguasai universiti dan media dengan dilindungi dan disokong dengan kuat oleh AS dengan berbilion-bilion USD. Ini menjadikan fakulti-fakulti pengajian Islam di universiti-universi ti di Indonesia sudah tidak ada lagi penuntut. Kini sudah ada fatwa di Indonesia bahawa perkahwinan lelaki sesama lelaki itu sah. Faraid dan hudud sudah tidak relevan dan harus dibuang. Ini pun hampir difatwakan akhir-akhir ini oleh Majlis Agama Indonesia .. Ia sedang berkembang kerana tulisan-tulisan ini dipelopori oleh intelektual.
    Sekarang, di Malaysia pun sudah terbawa-bawa. Begitu. Tulisan-tulisan yang liberal seumpama ini biasanya ditulis oleh wartawan-wartawan dalam -akhbar berbahasa Inggeris. Dulu Astora Jabat saja yang tulis dalam akhbar Melayu. Kini, Astora guna majalah Al Islam pula sebagai platform dengan ditukar namanya kepada Hussin Ab. Rahman. Kasim Ahmad pun sekarang sudah diberi tempat semula untuk menulis dalam Al Islam.
    Keputusan kes pakai serban Ini ada laporannya dalam semua akhbar. Bagaimana 3 murid Islam memakai serban di sekolah telah diberhentikan dan kes mereka pula kalah di mahkamah. Sedang penganut agama lain kenapa bebas memakai serban dan mengamal agama mereka ? Ini satu penghinaan yang sungguh dahsyat ke atas Nabi kita dan Islam pada amnya.
    Allah jadikan sembahyang berjemaah lima waktu. Ini bertujuan untuk
    melahirkan ukhwah. Hikmahnya cukup besar. Seorang orientalis buat kajian kenapa ada rakaat-rakaat dalam sembahyang. Orientalis yang akhirnya masuk Islam itu, sembahyang itu sebagai satu bentuk caj. Pertemuan bahu dengan bahu, kaki dan kaki dia akan caj kuasa rohani. Untuk itu, kita perlu kuatkan diri. Orang Hindu sedang kuatkan diri
    mereka. Mereka giat buat tokong Hindu. Di Perak misalnya, ada 2,000
    tokong Hindu sedangkan masjid cuma 560 buah sahaja. Dan agama Hindu ini semakin menampakkan keganasan. Terdapat ramai juga orang Melayu yang di Hindukan. Kini, Filem-filem Bollywood juga di gunakan untuk mendakyahkan agama Hindu di seluruh dunia.

    Harap kepada siapa?
    Kita tidak boleh lagi harapkan pihak berkuasa Jakim, Jabatan Agama atau pihak kerajaan untuk melindungi kita. Allah tidak amanahkan Islam, al-Quran dan Sunnah ini kepada kerajaan tetapi Allah amanahkan kepada setiap individu muslim. Allah S.W.T berfirman:
    “Kami wariskan al-Quran itu kepada hamba-hamba Kami yang terpilih iaitu yang beriman kepada Allah; (bukan kepada kerajaan).”

    Peringatan-Peringatan Daripada Allah S.W.T.
    Tsunami, gerak gempa bumi, ramai umat Islam yang mati. Ini peringatan.
    Kenapa di Acheh dan Bangladesh ?
    Bukan bermakna orang Acheh yang bermaksiat, tetapi mungkin maksiat berlaku di tempat lain. Bagaimanapun, pada malam kejadian itu, ada permainan tari menari dan pesta minum arak di pantai yang berdekatan.
    Dipetik dari vcd 15, 000 Umat Islam Murtad
    Oleh: Dato’ Harussani Bin Zakaria
    Mufti Diraja Negeri Perak   










    PERINGATAN!!

    Ajaran sesat di Malaysia yang diwartakan oleh JAKIM.
    1. Nasrul Haq
    2. Budi Suci
    3. Al-Watan
    4. Budi Suci Sejati
    5. Jawa Faradin
    6. Silat Sunda Pukulan Ghaib
    7. Tusuk Hikmat
    8. Ilmu Kebatinan
    9. Potong Maya
    10. Naluri
    11. Kaula
    12. Haqqullah Syahadah
    13. Rampai
    14. Wali Suci
    15. Kalimat Sakti
    16. Silat Pukulan Jarak Jauh
    17. Ilmu Tenaga Dalam Hikmat
    18. Zikir Sha`ban Islam Haq
    19. Asal Wujud Garis Laksmana
    20. Al-Ma`zat
    21. “Trancendentel Meditation”- Maharisi Mahish Yugi
    22. Ilmu Kebatinan
    23. Abdul Manan bin Harun- Tolak Hadis
    24. Ilmu Mentauhidkan Allah oleh Nasrun S.T. Qahar
    25. Kumpulan Ikhwan/al-Mas
    26. Kuasa Ghaib ( Tahan Diri)
    27. Mohd Nordin Putih
    28. Nasrun S.T. Qahar
    29. Roslan Katimun atau Ajaran Wali Sembilan
    30. Tariqat Naqsyabandiyah Kadirun Yahya
    31. Wali Sembilan
    32. Khatijah binti Ali @ Puan Tijah
    33. Syed Mutalib bin Syed Mohd Nordin
    34. Ajaran Mohd Seman Al-Banjari
    35. Jamaah Al-Arqam
    36. Golongan Anti Hadis
    37. Ajaran Juruzon bin Abdul Latif atau dikenali juga sebagai (Hj) Ahmad al-Walidie (Pak Su)
    38. Fahaman Syiah
    39. Ajaran Hj. Ghazali Othman Hulu Kelang
    40. Ajaran Hj. Kadar Ahmad
    41. Ajaran Ilmu Tajalli Ahmad Laksamana Kelantan.
    42. Ajaran ilmu Hakikat@ Jahar Dumin Hulu Langat
    43. Tarikat Mufaridiah
    44. Ajaran Hassan Anak Rimau (Anak Limau) Kelantan.
    45. Tarikat Aurad Ismailiah
    46. Ajaran Martabat Tujuh
    47. Tarikat Samaniah Ibrahim Bonjol
    48. Ajaran Sulaiman ( Bahtera Nabi Noh)
    49. Ajaran Ilmu Hakikat Hassan bin Jonit
    50. Ajaran Ahmadiah/ Qadiani
    51. Ajaran Mohd Nor Seman
    52. Ajaran Ayah Pin Terengganu
    53. Ajaran Bahai.
    54. Al-Ma'uuna.
    55. Ajaran Azhar Wahab
    56. Ajaran Hj. Banuar.
    57. Ajaran Taslim.




    Fikir-fikirkanlah!!Ingatlah bahawa murtad merupakan dosa yg besar..Kalo d ikutkan hukum hudud,hukumnya bunuh kepada sesiapa yang d dapati murtad sama ada melalui niat,perbuatan dan melalui pengakuan..Jadi,,ambil iktibar drpd apa yang telah berlaku pada zaman sekarang..seolah-olah telah kembali ke zaman jahiliah..

    Monday 11 April 2011

    35 Petua Pelajar Cemerlang dari Dr Fadzilah Kamsah.

    Berikut merupakan petua-petua dan ciri-ciri yang ada pada pelajar cemerlang, dari Dr Fadzilah Kamsah. Pelajar cemerlang akan:



    1. Menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.
    2. Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:
      1. kita ingat 10 % apayang dibaca
      2. kita ingat 20% apa yang didengar
      3. kita ingat 50 % apa yang didengar & dilihat
      4. kita ingat 70% apa yang dicakapkan
      5. kita ingat 90% setelah dipraktikkan
    3. Belajar secara aktif dengan pen/pensil ditangan.
    4. Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu (tidak termasuk kerja rumah).
      ...Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas belajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya....
    5. Belajar dalam persekitaran kondusif.
      1. pastikan cahaya adalah terang
      2. kurangkan gangguan bunyi
      3. tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajar
      4. tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran
      5. kerusi dan meja menghadap kiblat
      6. jangan lupa untuk senyum
    6. Tidak ponteng kelas. Kalau tertinggal kelas, salin nota dari rakan.
    7. Mengulang kaji menggunakan kaedah 'output learning' iaitu belajar untuk melatih otak menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan membaca buku/nota, ingat kembali, lakar/tulis, sebut apa yang difahami, dan jawab soalan.
    8. Tahu teknik merangsang memori:
      1. memasukkan maklumat dalam memori (registration)
      2. menyimpan maklumat dalam sel memori (retention)
      3. mengingat kembali (recall)
      4. menggunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain (application)
    9. Sentiasa awal dan mendahului:
      1. persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru.
      2. pelajar yang mendapat A pada ujian lazimnya akan dapat mengekalkan kejayaannya.
      3. belajar awal ketika tiada tekanan adalah tidak membosankan.
      4. untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar.
    10. Berbuat baik dengan guru. Setiasa hormati dan sayangi guru.
    11. Mempunyai teknik membaca yang betul:
      1. duduk dengan tegak & bernafas dengan betul
      2. memberikan tumpuan sepanuhnya
      3. menggunakan jari telunjuk untuk membaca
      4. menyesuaikan kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaan
    12. Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh & malas.
    13. Membaca doa penerang hati setiap kali selepas sembahyang, sebelum mengulangkaji, dan sebelum menghadapi peperiksaan.
    14. Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih.
    15. Mengadakan rehat sebentar setiap 20 minit mengulangkaji.
    16. Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri (study according to your biological clock). Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas, selepas baca al-quran/zikir selepas riadah dan selepas berdoa.
    17. Mengulang kaji secepat mungkin. Ulang kaji ringkas selepas belajar (kita akan lupa 80% selepas belajar).
    18. Mengulang kaji secara bersendirian atau berkumpulan.
    19. Tahu mengulang kaji adalah aktiviti pembelajaran terpenting sebelum peperiksaan.
    20. Mengulang kaji pelajaran berulang-ulang kali.
    21. Mengulang kaji apabila mulai terlupa.
    22. Tahu petua mengulang kaji
      1. cari tempat yang tenang dan serasi dengan jiwa kita
      2. siapkan semua 'bekalan' dengan sempurna
      3. duduk tegak dikerusi yang selesa
      4. baca doa penerang hati
      5. baca buku atau nota mengikut teknik membaca yang betul
      6. fikir dan ingat kembali isi utama
      7. catat/lakar
      8. semak semula ketepatan maklumat
      9. ulang sebut atau ceritakan pada orang lain
      10. buat rumusan
      11. jawab soalan
      12. tampal maklumat yang rumit di dinding
      13. baca doa tanda kesyukuran selepas belajar
    23. Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas beajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya.
    24. Tahu petua-petua agar tidak lupa:
      1. jangan makan kepala ikan
      2. jangan makan organ dalaman
      3. jangan minum semasa makan
      4. jangan minum atau makan makanan yang tercemar oleh semut
      5. jangan melihat kemaluan
      6. jangan melihat buih
      7. jangan membaca nama pada batu nisan
      8. banyakkan makan makanan yang mengandungi soya seperti tempe, tauhu dan lain-lain
      9. banyakkan makan kismis, kurma dan madu
      10. banyakkan makan kekacang
      11. pakai minyak wangi ketika belajar atau menghadapi peperiksaan
      12. jangan makan sehingga terlalu kenyang
      13. jangan kencing berdiri
    25. Tahu kemahiran mengingat:
      1. tampal nota-nota penting di dinding
      2. tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah
      3. gunakan kaedah akronim
      4. reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat
      5. pecahkan maklumat kepada kumpulan kecil
    26. Cekap mengatur jadual belajar:
      1. mempunyai jadual belajar
      2. patuh kepada jadual
      3. buat jadual yang boleh diikuti
    27. Tidak menangguh belajar pada saat akhir dan tidak menumpukan peperiksaan sebagai dorongan untuk belajar.
    28. Cari maklumat mengenai subjek yang tidak diketahui. Sediakan perkara-perkara yang tidak diketahui dan dapatkan penyelesaian dari orang yang lebih arif.
    29. Membina kepelbagaian dalam pembelajaran. Sebagai contoh, satu hari dipelbagaikan cara dan topik untuk belajar.
    30. Menggunakan masa terluang untuk mengulang kaji atau mencuri masa.
    31. Membawa nota ke mana-mana sahaja (kecuali ke tandas).
    32. Pelbagaikan tempat belajar.
    33. Menyedari guru-guru adalah sumber ilmu yang baik. Tanya guru apabila tidak faham
    34. Menjadikan nota-nota menarik seperti membuat corak, menggariskan isi penting dan sebagainya.
    35. Ciri-ciri pelajar cemerlang:
      1. taat kepada Allah
      2. mendirikan sembahyang
      3. menghormati kedua ibu bapa dan sentiasa mendoakan mereka
      4. hormati & sayangi guru
      5. bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja untuk mencapai kecemerlangan.
      6. suka pada setiap mata pelajaran yang dipelajari
      7. membantu rakan yang memerlukan
      8. berdoa dan bersyukur kepada Allah
      9. sentiasa bertawakal
      10. mahir dalam setiap mata pelajaran
    Kita juga perlu ingat pelajar yang cemerlang, adalah juga cemerlang pada akhlak dan tingkah lakunya dan seimbang dalam kehidupannya. Kecemerlangan pelajar bukan semata-mata dilihat pada nilai akademiknya sahaja. Semoga bermanfaat. :)

     InsyAllah,,kita akan berjaya mencapai keinginan masing-masing..





    Azali Azlan yang pernah d nobatkan sebagai pelajar cemerlang yang berjaya memperoleh 21A!!





    perjanjian kita hamba Allah sebelum d tiupkan roh ke dalam jasad!!



    jadilah orang yang sentiasa bersyukur d atas pemberian Allah,,bukan menjadi orang yang sebaliknya..



    Carta aliran pelajar Cemerlang!!