BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Saya harap semua dapat memberi info dan idea agar kita sama2 dapat muhasabah diri dan mengetahui perkara baru..moga2 Allah sentiasa memberi kekuatan dan kesihatan yang baik agar kita dapat melakukan ibadah kepadanya..amin~

Friday 15 April 2011

Ganjaran mendirikan solat dan balasan bagi mereka yang meninggalkannya!!

Diriwayatkan pada sebuah hadis, siapa yang menjaga sembahyang 5 waktu, maka Allah akan memuliakannya dengan 5 perkara iaitu;

* Masuk syurga tanpa dihisab.
* Dihindarkan dari seksaan kubur.
* Dihindarkan dari kesempitan hidup.
* Berjalan di atas sirat bagaikan kilat.
* Diberi kitab amalnya dengan tangan kanan.

BALASAN UNTUK MEREKA YANG MENINGGALKAN SEMBAHYANG

Barang siapa yang meremehkan atau meninggalkan sembahyangnya dengan sengaja, maka Allah akan menghukumnya dengan 15 seksaan iaitu,

Ketika di dunia;

1. Dicabut berkat pada umurnya.
2. Dihapus tanda orang soleh pada wajahnya.
3. Amalan yang dikerjakannya tiada pahala.
4. Doanya tidak diangkat ke langit.
5. Tidak mendapat pahala orang solehin.

Ketika mati;

6. Mati dalm kehinaan.
7. Mati dalam kelaparan.
8. Mati dalam kehausan, walau diberi air selautan pun tidak
mencukupi.

Ketika dalam kubur;

9. Disempitkan kuburnya hingga berselisih tulang rusuknya.
10. Dinyalakan api di dalam kubur lalu bermainlah ia di dalamnya siang
dan malam.
11. Didatangi ular `Syuja` yang buta mata dan kukunya dari besi dimana
setiap kuku panjangnya mengambil masa perjalanan sehari.

Ketika hari kiamat;

12. Diberatkan hisabnya.
13. Mendapat kemurkaan Allah.
14. Dimasukkan terus ke dalam neraka.
15. Putus dari rahmat Allah.

DOSA MENINGGALKAN SEMBAHYANG

Meninggalkan sembahyang adalah satu-satunya pemisahan antara keimanan dengan kekufuran. Dosa setimpal untuk mereka yang meninggalkan sembahyang bagi setiap fardu adalah seperti berikut;

Subuh : satu fardu yang ditinggalkan Allah akan mencampakkannya ke dalam neraka selama 60 tahun.

Zuhur : satu fardu yang ditinggalkan, dosanya sama seperti membunuh 1000 orang Islam.

Asar : satu fardu yang ditinggalkan, dosanya samalah seperti meruntuhkan kaabah.

Maghrib : satu fardu yang ditinggalkan, dosanya sama seperti seorang itu berzina dengan ibu (bagi lelaki) atau bapa (bagi perempuan).

Isyak : satu fardu yang ditinggalkan, Allah tidak akan meredhai hidupnya di atas muka bumi ini.








Berazamlah mulai skrg agar sama2 kita mengerjakan solat fardhu sehari semalam..Wajib bagi semua umat Islam menunaikan solat fardhu..Jika pekara wajib kita tinggalkan,maka sudah tentu balasan dosa yg amat dahsyat akan d balas kpd kita..

0 comments: